Doa Hari Arafah.

Tag orang-orang yang anda sayang

DOA ARAFAH – Esok, 10/8/19 Rebutlah satu jam ini

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

  1. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  3. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

  1. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
  2. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  3. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

  1. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  2. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  3. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  4. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  5. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

  1. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

  1. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

Like & Share fb Pujangga Mama

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!

Aamiiin…

Memberi.

Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, “Apa pandangan kamu tentang kembara kita?”

“Seronok!” Jawab anaknya.

“Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?”

“Ya,” jawab anaknya ceria.

“Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?”

Si anak menjawab, “Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan airnya mengalir untuk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu bersantai di halaman rumah pada malam hari…”

Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, “Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berhidmat dan menberi pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita… tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka.”

Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, “Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!”

👉Pengajaran👍:
Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.

❤️

Puasa

Puasa Tarwiyah dan Puasa Arafah

JUMAAT DAN SABTU Ni ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA BOLEH MENGERJAKANNYA.

PUASA TARWIYAH (jumaat 8 Zulhijjah/9 Ogos 2019) PUASA ARAFAH (Sabtu , 9 Zulhijjah / 10 Ogos 2019).

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Zulhijjah.

Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.

Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN ARAFAH

Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW adalah:

  1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah dilalui.
  2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arafah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)
  3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugerahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, iaitu:
  4. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
  5. Allah akan menambah harta.
  6. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
  7. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
  8. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
  9. Allah akan memudahkan kematiannya.
  10. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzakh.
  11. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
  12. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.

10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.

Semoga kita termasuk di dalamnya.

NIAT

Niat Puasa Tarwiyah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Niat Puasa Arafah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.

NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“Sahaja Aku berpuasa pada hari Arofah , sunat karena Allah ta’ala.”