https://inikawansaya.wordpress.com/

Azam yang kuat dan usaha yang bersungguh sungguh belum boleh menembusi tabir takdir Allah SWT. Semuanya Allah yang tentukan. Alhamdullilah.
Tag orang-orang yang anda sayang
DOA ARAFAH – Esok, 10/8/19 Rebutlah satu jam ini
Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
Like & Share fb Pujangga Mama
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!
Aamiiin…

Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, “Apa pandangan kamu tentang kembara kita?”
“Seronok!” Jawab anaknya.
“Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?”
“Ya,” jawab anaknya ceria.
“Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?”
Si anak menjawab, “Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan airnya mengalir untuk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu bersantai di halaman rumah pada malam hari…”
Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, “Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berhidmat dan menberi pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita… tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka.”
Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, “Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!”
👉Pengajaran👍:
Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.
❤️

Puasa Tarwiyah dan Puasa Arafah
JUMAAT DAN SABTU Ni ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA BOLEH MENGERJAKANNYA.
PUASA TARWIYAH (jumaat 8 Zulhijjah/9 Ogos 2019) PUASA ARAFAH (Sabtu , 9 Zulhijjah / 10 Ogos 2019).
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Zulhijjah.
Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN ARAFAH
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW adalah:
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.
Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT
Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah ta’ala.”
Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“Sahaja Aku berpuasa pada hari Arofah , sunat karena Allah ta’ala.”
